SELAMAT DATANG

KE LAMAN WEB SK JENANG 



                  

                   SELAMAT BERPUASA

        

 

 

 

SPPBS, SPS Akan Diintegrasikan, ringakan tugas guru..

 
MELAKA: Kementerian Pendidikan akan mengintegrasikan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai satu pengkalan data bagi meringankan beban guru di sekolah dalam tempoh dua bulan akan datang.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan PendidikanMalaysia iaitu Pengintegrasian 1Data.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Madinah Mohamad berkata melalui langkah itu, guru hanya perlu memasukkan maklumat pengoperasian harian sekolah menggunakan satu sistem.

"Kementerian sedang meneliti dan berusaha mengintegrasikan kedua-dua sistem ini dan guru tidak perlu menggunakan pelbagai sistem sehingga membebankan tugas mereka sebagai pengajar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal bersama kira-kira 2,000 guru dan pegawai pelaksana negeri Melaka dalam program Pemantapan Profesion Guru (PPG) di sini, Khamis
 
 
Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud.

Dr Madinah berkata usaha itu juga perlu dilaksanakan secara serius kerana guru berhadapan masalah mengakses kedua-dua sistem berkenaan disebabkan capaian sistem tersebut sering tergendala dan sukar diakses.

Beliau berkata pengintegrasian kedua-dua sistem tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama kementerian dan JPA sebelum diperluaskan di 10,091 sekolah seluruh negara, menjelang akhir tahun ini.

Mengulas lanjut, Madinah berkata bilangan maklumat yang perlu dimasukkan guru akan berkurangan daripada 130 maklumat kepada kira-kira 60 maklumat.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Zabidi berkata Program Pemantapan Profesion Guru bertujuan memartabatkan profesion guru supaya golongan itu memberi fokus sepenuhnya kepada tugas pengajaran dan pembelajaran tanpa perlu melaksanakan tugas pentadbiran akan diperluas secara berperingkat di enam zon melibatkan Sabah, Sarawak, Utara, Selatan, Timur dan Barat.

"Pada masa ini, program ini sedang dilaksanakan di negeri Melaka sebagai negeri perintis melibatkan 313 sekolah yang telah bermula sejak Januari lepas," katanya.

Katanya kajian rintis itu memberi fokus kepada beban tugas guru khas meliputi guru penyelaras bestari, guru data serta guru perpustakaan dan media. - BERNAMA

 

Maklumat penting pengemaskinkian E-Operasi

 

Kepada semua Penyelia Kanan Pengurusan PPD, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan serta para guru.....

1. Kemaskini data guru hendaklah dilaksanakan mengikut prosidur biasa. Guru mengemas data mereka,  GPK menyemak dan Guru Besar membuat pengesahan.

2. Sekolah boleh memuat turun, mencetak dan mempamirkan sijil Perjawatan 2013 melalui E-Operasi

3. Pihak sekolah (Guru Besar) mesti mengemaskini kedudukan kela
s sekarang, jumlah murid dan subjek elektif untuk penentuan Perjawatan 2014

Sekian, terima kasih

 

Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

 


Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuatnaik ke dalam portal JPA Pekeliling Perkhidmatan Bil 36/2013 yang menerangkan mengenai "Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred 1 hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia"

Berdasar pekeliling ini penetapan gaji minima dan maksima baru telah dibuat di mana dua tanggagaji baru ditambah untuk gaji maksima. Mereka yang telah berada pada gaji terakhir akan terus menerima kenaikan gaji untuk dua tahun lagi. Lihat contoh di bawah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau guru:

 





 


 Download pekeliling melalui link di bawah:
 https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp362013.pdf

 

_____________________________________________________________________________________________

Tindakan  Segera : Kemaskini E-PERLU

 

TINDAKAN SEGERA.
 
Semua sekolah Menengah dan Rendah Negeri Terengganu.
 
PELAKSANAAN PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT KEPERLUAN ASAS PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2014 MENENERUSI E-PERLU.
 
Semua sekolah hendaklah mengemaskini data keperluan sekolah tahun 2014 menggunakan modul  e-perlu yang melalui  Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
 
Tarikh kemaskini : 01 Oktober sehingga 31 Oktober 2013
ID Pengguna : kod sekolah (TBA3066)(TEA4428)
Katalaluan : sekolah (huruf kecil)
 
Sebolehnya ID dan Katalaluan jangan ditukar. Sekiranya tidak boleh buka sila berhubung dengan Penyelia Kanan PPD bagi sekolah rendah dan Penolong PPD pengurusan sekolah  bagi sekolah menengah.
 
Perlu diingatkan e-perlu adalah pengumpulan data perabot sebenar disekolah bukan tempat membuat permohonan perabot.
 
________________________________________________________________________________________________________________________________

 

PENGURUSAN SKJ

GURU BESAR

Tn. Hj. Zakaria B. Awang Teh


GPK PENTADBIRAN

Pn. Zaharah Bt. Jusoh


GPK HEM

En. Azahar B. Anang


GPK KOKURIKULUM

En. Abdul Karim B. Muda

  

 

ALUMNI SKJ

 

Semua Bekas Murid dan Guru Di SK Jenang dialu-alukan mendaftar di Sistem Alumni SK  Jenang


SK JENANG SEDANG MENGUMPULKAN DATA BEKAS MURID DAN GURU SK JENANG BAGI TUJUAN PENGURUSAN ALUMNI. POHON SEMUA BEKAS MURID DAN GURU MENDAFTARKAN MAKLUMAT TUAN/PUAN. 
 

Pendaftaran Sistem Alumni | Senarai Ahli 

 

 

 

RUTIN HARIAN SKJ

(7.00 pagi - 7.30 pagi)
:Program Rancangan MakananTambahan (RMT)


(7.30 pagi - 7.45 pagi)
:Perhimpunan Harian

-Bacaan Surah-surah Lazim
-Learn A New Word A Day
-Info Semasa
:Murid-murid tahun 6 akan berada di surau sekolah
untuk bacaan Surah 
Yasin

(7.45 pagi - 1.15 petang)
:Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 
Perdana

(1.15 ptg - 2.00 petang )
:Solat Zohor Berjemaah bagi tahun 
4,5&6.
:Murid Tahun 1,2 & 3 TasmikIqra'/Al-Quran.

(2.30 ptg -5.30 petang )
:Kelas Asas Fardu Ain (KAFA)

(Hari Ahad, Isnin & Selasa)


** Setiap Hari Selasa 3.00 petang - 5.00 petang
akan di adakan aktiviti kokurikulum
(berpakaian uniform lengkap) 

Muatturun Bahan P&P

News

Kemas Kini ePerlu

17/10/2013 03:48
TINDAKAN SEGERA.   Semua sekolah Menengah dan Rendah Negeri...
Items: 1 - 1 of 1

PENTING !!!


Gred Purata Nasional UPSR 2010 = 2.31, 2011=2.30 dan 2012 = 2.31 (Sumber : Sektor Peperiksaan JPNT)

Program Khas Pensiswazahan Guru Besar 2013 - 2016. KLIK

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013. KLIK

PENDAFTARAN TAHUN 1, 2013. KETERANGAN LANJUT. KLIK

PANDUAN PENCALONAN SKK 2013. BORANG DAN DOKUMEN PENCALONAN.KLIK

KEMASKINI e-OPERASI.KLIK

Pencalonan SBTsecara online melalui web NKRA . Tarikh Tutup : 8.02.2012. Sekolah Band 1 yang belum dapat SBT wajib isi.KLIK

Penempatan Guru Pelatih Mod J-Qaf 2013KLIK

Pemantauan Sekolah Akhir dan Awal 2013.KLIK

Semakan ke Tingkatan 1, SBP dan Sekolah Elit dan SMKA Terengganu 2013.KLIK

Contoh Penyediaan Kew 8 bagi Guru Interim.
KLIK


Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1,2007 untuk urusan Guru Interim (Guru Sandaran Terlatih).KLIK


Surat PJJ ke DG41. Keterangan lanjutKLIK

Pendaftaran Murid(Kanak-kanak) Tahun 1 secara online.KLIK

Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
Web :https://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
Loging Id : Kod Sekolah
Password : sekolah 


Permata Pintar Tahun 2012. KLIK

EPERLU UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013
Username : Kod Sekolah (TBA....)
Password : sekolah
Web E-Perlu: KLIK
Panduan : KLIK
Jika ada masalah sila hubungi pegawai meja
En.Wahab Salleh : 096213327/0139304788


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
Maklumat lanjut klik DI SINI


Senarai Pegawai Perhubungan Sekolah Tahun 2013 terkiniKLIK

BORANG DAN DOKUMEN PEMANTAUAN PENGURUSAN SEKOLAH
Maklumat lanjut dan download klik DI SINI
 danDI SINI

Tags

The list of tags is empty.